Tourism

Wednesday, December 26, 2012

Refleksi Elektif Perbandaran : Fakta atau Auta?


kebanyakan orang menipu dalam menjalankan kajian. Ini demi untuk menjaga orang lain. namun kadang kala kita yang sengsara sendiri ditimbuni pelabagai kerja yang banyak. Buat dan terus buat kerja. Waktu tidur jauh sekali. Purata tidur dalam sebulan hanya 3 jam. Dalam seminggu 2 hari x tidur pastu keesokan lepas tu tidur 6 jam. kemudian x tidur lagi 2 hari. gilir2 macam tu jer. mereng kepala..
namun x menyalahkan sesiapa. masing2 banyak kerja.. bukannya ponteng xbuat kerja. masa oh masa.. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali yang beriman. Harapnya walaupun sibuk dan xsempat membuat kerja kumpulan, kewajipan pada Ilahi tidak dilupakan.


 Tapi refleksi tetap bagus.. menarik penuh dengan auta.. tapi insyaALLAh akan berubah dari masa ke semasa.

Kajian mengenai keperluan keperluan suburban transit centre dalam meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di kawasan kajian banyak mengajar saya dalam mendalami isu yang dihadapi oleh kawasan sekitar pinggir bandar.
 Pihak berkuasa tempatan dan perancang bandar lebih mengutamanakan pembangunan di kawasan pusat bandar kerana faktor politik dan kehendak semasa yang lebih diutamakn. Ini menyebabkan kawasan pinggir bandar terpinggir walaupun ia turut menerima impak daripada rebakan bandar yang berlaku seperti pembangunan baru, isu alam sekitar dan masalah sosial. Proses mengumpul data melalui lawatan tapak memberikan gambaran yang lebih jelas dan terperinci tentang isu yang dihadapi di kawasan pinggir bandar.
Dalam proses menyiapkan kajian ini, saya banyak belajar mengenai cara-cara dan kaedah tepat dalam menyediakan satu projek thesis yang sempurna dan lengkap. Kaedah memilih tajuk, membuat pengkelasan tajuk mengikut broad, restricted dan narrow, membuat soalan kajian, mentapkan objektif kajian, menulis kajian literature yang betul dengan format rujukan thesis yang sebenar, menganalisis data dari questionnaire, serta memahami apa itu transit-oriented development (TOD).
Pengaplikasian TOD dalam pembangunan sekarang adalah diperlukan bagi meuwjudkan satu jaringan pengangkutan yang cekap, selesa dan selamat untuk digunakan. Melalui kajian ini, saya mengenalpasti kriteria yang diperlukan untuk melaksanakan TOD ini dan belajar merujuk kepada contoh-contoh kawasan yang telah Berjaya TOD dengan berkesan.
Namun kajian ini tidak akan sempurna tanpa bantuan daripada pensyarah, Dr Anuar Amir serta rakan seperjuangan saya. Mereka banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyempurnakan kajian ini. Kami bekerja sebagai satu pasukan dengan kerjasama yang dan toleransi yang tinggi untuk meyiapkan laporan kajian ini. Masing-masing menberikan komitmen yang kuat walaupun mempunyai kekangan masa dan hal-hal lain.
Semoga kajian ini dapat membantu saya dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda pada tahun depan. InsyaALLAH.