Tourism

Saturday, January 5, 2013

Akhbar : Iskandar Malaysia Lonjak Sektor Pelancongan Johor

Seiring dengan pembangunan zaman sekarang yang moden dan maju, pelbagai projek mega mula dijalankan. Segala usaha tersirat perancang bandar mula membuahkan hasil. walaupun nama profesion perancang tidak diketengahkan namun penglibatan, usaha dan pengorbanan tidak ternilai harganya. Yang terbaru ialah pembangunan wilayah Iskandar Malaysia yang semakin pesat membangun dan menjadi pembangunan pemangkin bagi metropolitan Johor Bahru. 

Kata Dr Anuar, "Bandaraya Metropolitan Johor Bahru berada di landasan yang tepat bagi mencapai taraf Bandaraya GLOBAL, perancang perlu memainkan peranan dgn strategi yang berkesan"..

jadi inilah hasilnya sekarang.. salah satu usaha perancang.. dalam menjadikan JB sbg bandaraya global.. insyaALLAH setaraf dengan Tokyo, Hong Kong, Berlin, Paris dan lain2.

Petikan Akhbar...


JOHOR BAHRU - Jumlah kedatangan pelancong ke Johor dijangka mengalami lonjakan luar biasa dengan adanya produk pelancongan baharu di Iskandar Malaysia, yang berorientasikan keluarga serta menepati selera semua peringkat usia, kata Pengarah Jabatan Pelancongan Johor Md Za’nal Misran.
   
"Iskandar Malaysia dilengkapi prasarana serta kemudahan yang membolehkan industri pelancongan negeri ini menyediakan pelancongan keluarga, pelancongan pendidikan dan pelancongan kesihatan yang lengkap segala-galanya di satu lokasi.
   
"Selama ini, sektor pelancongan di Johor begitu banyak bergantung pada pelancongan di kawasan pesisiran pantai dan pulau, ekopelancongan serta kekayaan budaya dan warisan. Kini, Iskandar Malaysia membawa transformsi kepada industri pelancongan di negeri ini melalui konsep berhibur bersama keluarga dan produk bernilai tinggi," katanya dalam temu bual dengan Bernama.
   
Za’nal berkata berikutan pembukaan taman tema seperti Legoland Malaysia dan kompleks beli-belah yang mampu memenuhi selera golongan yang bercita rasa tinggi seperti Johor Premium Outlets, Iskandar Malaysia menarik kedatangan ramai pelancong tempatan dan asing ke wilayah selatan negeri ini.
   
"uteri Harbour Family Theme Park yang menampilkan ciri-ciri hiburan seperti Hello Kitty, Barney dan restoran tema LAT’s Place akan mula beroperasi sebelum akhir tahun ini. Semua ini akan menambahkan lagi daya tarikan Iskandar Malaysia dan menarik lebih banyak keluarga mengunjunginya," jelas beliau.
  
Legoland Malaysia seluas 30.4 hektar, yang menerima kunjungan lebih 10,000 pengunjung pada 15 Sept, akan membuka Legoland Water Park kepada orang ramai pada separuh kedua 2013, diikuti Legoland Hotel Park pada 2014.
   
Khazanah Nasional Bhd adalah penggerak utama Iskandar Malaysia. Projek pembangunan ini disasar menarik pelaburan berjumlah RM383 bilion dalam tempoh 20 tahun hingga 2025.
   
Antara 2006 dan Jun 2012, koridor pembangunan di selatan Johor ini menerima komitmen pelaburan terkumpul berjumlah RM95.45 bilion dan angka ini dijangka mencapai RM100 bilion menjelang akhir tahun.
   
Za’nal berkata beliau yakin semakin ramai pelancong akan melawat Johor dan jumlah mereka dijangka melonjak dengan ketara pada tahun ini, terutama berikutan kewujudan Iskandar Malaysia.
   
Katanya negeri ini mencatat peningkatan ketibaan pelancong yang sungguh ketara iaitu daripada kira-kira 3.5 juta pada 2009 kepada 3.6 juta dan 3.7 juta pada 2010 dan 2011.
  
Bagi tempoh Januari-Jun 2012, jumlah pelawat yang mengunjungi Johor meningkat 22 peratus kepada 10.31 juta, berbanding 8.28 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
   
Za'nal berkata selain merancakkan lagi kegiatan perniagaan dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan, peningkatan ini juga memantapkan lagi ekonomi negeri.
   
Katanya, di samping merangsang pertumbuhan perniagaan, Iskandar Malaysia juga membantu menyebar ilmu pengetahuan dan mempromosi pengalaman pembelajaran melalui taman temanya dan sekali gus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pelancongan keluarga serta menjadi pelengkap kepada projek lain.
   
Ini termasuk usaha merancakkan paerkembangan pelancongan pendidikan melalui penubuhan pelbagai institusi pendidikan untuk dimanfaatkan mereka daripada semua lapisan usia. Sebagai contoh, kewujudan Marlborough College Malaysia dan Newcastle University Medicine Malaysia melonjakkan momentum usaha menarik kehadiran pelajar dari seluruh Malaysia dan dari beberapa negara jiran.
   

"Beberapa buah lagi universiti asing terkemuka akan datang ke Iskandar Malaysia. Oleh itu, adalah lebih murah bagi pelajar asing untuk menuntut di EduCity daripada pergi ke negara lebih jauh kerana kos sara hidup di sini, jauh lebih rendah," kata Za'nal.
   
EduCity juga menempatkan institusi pendidikan lain seperti University of Southampton Malaysia, University of Reading Malaysia, Netherlands Maritime Institute of Technology, Raffles University Iskandar dan Singapore Management Development Institute, yang akan mula beroperasi pada tahun depan atau dua tahun lagi.
  
Za'nl berkata untuk memenuhi keperluan pelajar, EduCity juga akan dilengkapi perkampungan pelajar antarabangsa, sebuah stadium dan kompleks sukan.
   
Mengenai pelancongan kesihatan, beliau berkata pembukaan Columbia Asia Hospital yang dilengkapi 82 katil di Nusajaya serta beberapa hospital pakar yang sedang dibina di Afiat Healthpark, boleh menjadikan Iskandar Malaysia sebuah pusat penjagaan kesihatan bertaraf dunia untuk pesakit tempatan dan dari luar negara.
   
Gleneagles Medini Hospital yang mempunyai 300 katil serta blok pejabat perubatan yang mempunyai 150 bilik jenis suite, dijadual mula beroperasi menjelang 2015. Hospital yang akan dibina secara berperingkat ini juga akan mempunyai pusat pemulihan, rumah penjagaan dan kemudahan kediaman untuk pesakit.
   
Sementara itu, pengarah urusan SN Vacation Sdn Bhd Sharifah Nur’aini Al-Edros berkata ejen perjalanan kini menyusun semula pakej perjalanan masing-masing supaya turut meliputi Legoland Malaysia, manakala daya tarikan yang terdapat pada taman tema serta pusat pentadbiran negeri di Kota Iskandar yang telah siap dibina, akan membantu mengukuhkan industri pelancongan di Johor.
   
Katanya ejen perjalanan kini boleh memasarkan pakej masing-masing pada pesta pelancongan di luar negara sambil menonjolkan daya tarikan bertaraf antarabangsa seperti Legoland Malaysia dan Puteri Harbour Family Theme Park yang dilengkapi Hello Kitty.
   
Beliau berkata selain mempromosi taman tema, inilah masa yang baik bagi ejen perjalanan mempromosi kekayaan seni budaya yang terdapat di Johor serta hidangan tradisional negeri ini seperti laksa Johor, mi rebus dan otak-otak. - Bernama


semakin meriah johor ni...tambah2 lagi keturunan caprut byk disitu..orang2 jawa dan bugis mesti bangga...berbanding2 negeri2 melayu di utara...walaupun terletak di semenanjung tanah melayu...borneo pun tak semeriah ni...