Tourism

Thursday, September 13, 2012

Alhamdulillah.. nasib baik ok jer budak2 baru dr diploma n polymas ni..harap2 la lepas ni dapat bekerjasama dengan baik. InsyaALLAH.. lgpon ye la..orang baru kan.. segan lag..bagai rusa masuk kampung,, time aq utk riuhkan kelas lg..hahahaha... boleh la kacau sume

Tuesday, September 11, 2012

Ok kita sambung balik kisah sedikit lagi kisah melancong di negeri sendiri yer..ni copy dr blog orang lain sebenarnya..saje nk share..promote negeri sendiri..ni testimoni pelancong yg sebenar..

Kat sini ada pelbagai menu aneka celup tepung
Ha.. pilih..pilih

Sotong celup tepung & sosej

Ikanggg celok tepong

Tom Yam yang dimakan bersama nasi putih.
 
 
 
sedap x? nyum nyum
promote ckit Pantai Batu Buruk Terengganu..hehe..


Dari bandar terus ke pantai,
Nama buruk tp indah tempatnya,
Tempat rekreasi duduk bersantai,
Batu Buruk itulah pantainya.......

Pantai Batu Buruk @ Kuala Terengganu

Pantai Batu Buruk which is also known as Ugly Stone Beach (on direct translation HAHA) or Batu Buruk Beach is one of the popular stretch of beach in Kuala Terengganu where locals go to during the weekends and in the evening. It is located just 1km away from the city of Kuala Terengganu and just behind the general hospital, Hospital Sultanah Nur Zahirah.
pantai dia panjang sangat..seluas mata yang memandang.. hahaha..ni pandangan kiri..

ni plak pandangan kanan.. x tipu ni weh..


tapi ombak dia kuat ckit..xsesuai utk mandi..cedih ckit utk pemandi tegar cam gua..huhu

tp untong la untuk utk surfer nih..cih dekinyer aku xreti surfer


























tp segarnya pemandangan... sejuk mata duk tgok..dengan ombaknyer.. bunyinyer..suasana, hembusan angin..pergh!!
pantai pon bersih..dengan pokok yg rendang..

tgok pasir dia..cantik kan putih kuning..
boleh amik free nih.bt cenderamata kenang kenangan..hoho

She sells seashells on the seashore ( ´ ▽ ` )

boleh nampak pulau kapas dr sini...comel ^^



ce teka? ni burung ke wau?

ni wau sebenarnya..haha permainan tradisional terengganu



nok main motocross pon ada boh..bukan calang2 pantai ning..hehe

sape nok jd cinderella boleh la naik..hahaha

nok naik kuda pon boleh..tp mahal la ckit..



sesi berkenalan dgn kuda..

bye2 Pantai Batu Buruk..

p/s: sume gambar ni copy dr pengunjung HILDAMILDA.. pebgalaman dia yang sebenar semasa kat pantai ni..

Bidadari Dunia

Firman Allah SWT: 

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur ayat 31.

 “Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” Surah Al-Ahzab ayat 32.

 “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab ayat 59.

 “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” Hadith Riwayat Muslim.

Begitulah Allah SWT memerintahkan. Begitulah Rasulullah SAW menunjukkan.
Maka Bidadari Dunia itu matanya tidak liar dalam memandang yang tidak sepatutnya. Tidaklah bermaksud tunduk hingga terlanggar tiang dalam perjalanannya. Tetapi bermaksud, tidak terlalu teruja dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Tiadalah pula mereka ini menunjuk-nunjukkan perhiasan mereka, kecuali pada tempat yang memang tidak terlindung. Tiadalah mereka menayang-nayangkan barang kemas, dan berlebih-lebihan dalam mengenakan hiasan.

Mereka juga menutup aurat dengan kemas. Tidak semata-mata mengikut fesyen arus itu dan ini. Tetapi memastikan bahawa yang Allah kehendaki itu selesai. Yakni menutup seluruh tubuh kecuali tangan dan wajah. Juga tidaklah hingga menunjukkan tubuh badan. Pakaian mereka labuh, walau apa pun yang dipakai mereka.

Mereka juga tidaklah ‘gedik’, mengada-ngada, melembutkan suara pada yang bukan mahram, dan berhubungan bebas dengan mereka. Tidak pula perempuan yang beriman ini, bidadari dunia ini, bila berjalan kedengaran ‘keletak-keletuk’. Mereka berjalan dengan sopan, teratur, dan tidak terlalu menarik perhatian.
Walaupun ada ayat di atas menyebut ‘isteri-isteri nabi’, tetapi hakikatnya hukum itu jatuh kepada semua perempuan muslimah yang beriman. Hal ini kerana, isteri-isteri nabi adalah ibu kepada perempuan yang beriman. Kerana itu mereka digelar, Ummul Mukminin. Mereka menjadi ikutan kepada perempuan yang inginkan keredhaan Allah SWT.

Adab Murid Terhadap Guru



Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-Ghazali..


  1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
  5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
  6. Jangan mengumpat pelajar lain.
  7. Jangan berbisik di hadapan guru.
  8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
  9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Monday, July 16, 2012

" Do Or Die ": " Do Or Die ": wacha!

Keje praktikal ni mmg banyak dugaannya.. tapi memang banyak pengalaman dan ilmu yang boleh diproleh dari sini..namun semuanya memerlukan keberanian dan of course la..kene bijak berkomunikasi dan ambil hati..ringan tulkang ckit berserta senyuman.. insyaALLAH mudah la keje praktikal kita.. jgn lokek beertanya.. jgn takut dan jgn malu2.. semua itu hanya akan membuat anda terus hanyut dan ketinggalan.. selama lamanya anda tidak akan maju..jadi sebaiknya anda lontarkan suara,, keluarkan pendapat, selalu bertanya khabar.. ANDA pasti akan berjaya.. selamat mencuba wahai geng2 praktikal...

" Do Or Die ": wacha!

" Do Or Die ": wacha!: ntah apa la yg nak tulis kat dalam niy..

CAMNER NK UPDATE NIH..ADES