ddd
My first very word yg diperoleh apabila menjejakkkan kaki ke UTM.. " There is no wright or wrong ; u are the one who will decide " (Mr. Chau, 2010)
Tourism
Monday, December 9, 2013
Saturday, January 5, 2013
Akhbar : Iskandar Malaysia Lonjak Sektor Pelancongan Johor
Seiring dengan pembangunan zaman sekarang yang moden dan maju, pelbagai projek mega mula dijalankan. Segala usaha tersirat perancang bandar mula membuahkan hasil. walaupun nama profesion perancang tidak diketengahkan namun penglibatan, usaha dan pengorbanan tidak ternilai harganya. Yang terbaru ialah pembangunan wilayah Iskandar Malaysia yang semakin pesat membangun dan menjadi pembangunan pemangkin bagi metropolitan Johor Bahru.
Kata Dr Anuar, "Bandaraya Metropolitan Johor Bahru berada di landasan yang tepat bagi mencapai taraf Bandaraya GLOBAL, perancang perlu memainkan peranan dgn strategi yang berkesan"..
jadi inilah hasilnya sekarang.. salah satu usaha perancang.. dalam menjadikan JB sbg bandaraya global.. insyaALLAH setaraf dengan Tokyo, Hong Kong, Berlin, Paris dan lain2.
Petikan Akhbar...
JOHOR BAHRU - Jumlah kedatangan pelancong ke Johor dijangka mengalami lonjakan luar biasa dengan adanya produk pelancongan baharu di Iskandar Malaysia, yang berorientasikan keluarga serta menepati selera semua peringkat usia, kata Pengarah Jabatan Pelancongan Johor Md Za’nal Misran.
"Iskandar Malaysia dilengkapi prasarana serta kemudahan yang membolehkan industri pelancongan negeri ini menyediakan pelancongan keluarga, pelancongan pendidikan dan pelancongan kesihatan yang lengkap segala-galanya di satu lokasi.
"Selama ini, sektor pelancongan di Johor begitu banyak bergantung pada pelancongan di kawasan pesisiran pantai dan pulau, ekopelancongan serta kekayaan budaya dan warisan. Kini, Iskandar Malaysia membawa transformsi kepada industri pelancongan di negeri ini melalui konsep berhibur bersama keluarga dan produk bernilai tinggi," katanya dalam temu bual dengan Bernama.
Za’nal berkata berikutan pembukaan taman tema seperti Legoland Malaysia dan kompleks beli-belah yang mampu memenuhi selera golongan yang bercita rasa tinggi seperti Johor Premium Outlets, Iskandar Malaysia menarik kedatangan ramai pelancong tempatan dan asing ke wilayah selatan negeri ini.
"
uteri Harbour Family Theme Park yang menampilkan ciri-ciri hiburan seperti Hello Kitty, Barney dan restoran tema LAT’s Place akan mula beroperasi sebelum akhir tahun ini.
Semua ini akan menambahkan lagi daya tarikan Iskandar Malaysia dan
menarik lebih banyak keluarga mengunjunginya," jelas beliau.
Legoland Malaysia seluas 30.4 hektar, yang menerima kunjungan lebih 10,000 pengunjung pada 15 Sept, akan membuka Legoland Water Park kepada orang ramai pada separuh kedua 2013, diikuti Legoland Hotel Park pada 2014.
Khazanah Nasional Bhd adalah penggerak utama Iskandar Malaysia. Projek pembangunan ini disasar menarik pelaburan berjumlah RM383 bilion dalam tempoh 20 tahun hingga 2025.
Antara 2006 dan Jun 2012, koridor pembangunan di selatan Johor ini menerima komitmen pelaburan terkumpul berjumlah RM95.45 bilion dan angka ini dijangka mencapai RM100 bilion menjelang akhir tahun.
Za’nal berkata beliau yakin semakin ramai pelancong akan melawat Johor dan jumlah mereka dijangka melonjak dengan ketara pada tahun ini, terutama berikutan kewujudan Iskandar Malaysia.
Katanya negeri ini mencatat peningkatan ketibaan pelancong yang sungguh ketara iaitu daripada kira-kira 3.5 juta pada 2009 kepada 3.6 juta dan 3.7 juta pada 2010 dan 2011.
Bagi tempoh Januari-Jun 2012, jumlah pelawat yang mengunjungi Johor meningkat 22 peratus kepada 10.31 juta, berbanding 8.28 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Za'nal berkata selain merancakkan lagi kegiatan perniagaan dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan, peningkatan ini juga memantapkan lagi ekonomi negeri.
Katanya, di samping merangsang pertumbuhan perniagaan, Iskandar Malaysia juga membantu menyebar ilmu pengetahuan dan mempromosi pengalaman pembelajaran melalui taman temanya dan sekali gus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pelancongan keluarga serta menjadi pelengkap kepada projek lain.
Ini termasuk usaha merancakkan paerkembangan pelancongan pendidikan melalui penubuhan pelbagai institusi pendidikan untuk dimanfaatkan mereka daripada semua lapisan usia. Sebagai contoh, kewujudan Marlborough College Malaysia dan Newcastle University Medicine Malaysia melonjakkan momentum usaha menarik kehadiran pelajar dari seluruh Malaysia dan dari beberapa negara jiran.
"Beberapa buah lagi universiti asing terkemuka akan datang ke Iskandar Malaysia. Oleh itu, adalah lebih murah bagi pelajar asing untuk menuntut di EduCity daripada pergi ke negara lebih jauh kerana kos sara hidup di sini, jauh lebih rendah," kata Za'nal.
EduCity juga menempatkan institusi pendidikan lain seperti University of Southampton Malaysia, University of Reading Malaysia, Netherlands Maritime Institute of Technology, Raffles University Iskandar dan Singapore Management Development Institute, yang akan mula beroperasi pada tahun depan atau dua tahun lagi.
Za'nl berkata untuk memenuhi keperluan pelajar, EduCity juga akan dilengkapi perkampungan pelajar antarabangsa, sebuah stadium dan kompleks sukan.
Mengenai pelancongan kesihatan, beliau berkata pembukaan Columbia Asia Hospital yang dilengkapi 82 katil di Nusajaya serta beberapa hospital pakar yang sedang dibina di Afiat Healthpark, boleh menjadikan Iskandar Malaysia sebuah pusat penjagaan kesihatan bertaraf dunia untuk pesakit tempatan dan dari luar negara.
Gleneagles Medini Hospital yang mempunyai 300 katil serta blok pejabat perubatan yang mempunyai 150 bilik jenis suite, dijadual mula beroperasi menjelang 2015. Hospital yang akan dibina secara berperingkat ini juga akan mempunyai pusat pemulihan, rumah penjagaan dan kemudahan kediaman untuk pesakit.
Sementara itu, pengarah urusan SN Vacation Sdn Bhd Sharifah Nur’aini Al-Edros berkata ejen perjalanan kini menyusun semula pakej perjalanan masing-masing supaya turut meliputi Legoland Malaysia, manakala daya tarikan yang terdapat pada taman tema serta pusat pentadbiran negeri di Kota Iskandar yang telah siap dibina, akan membantu mengukuhkan industri pelancongan di Johor.
Katanya ejen perjalanan kini boleh memasarkan pakej masing-masing pada pesta pelancongan di luar negara sambil menonjolkan daya tarikan bertaraf antarabangsa seperti Legoland Malaysia dan Puteri Harbour Family Theme Park yang dilengkapi Hello Kitty.
Beliau berkata selain mempromosi taman tema, inilah masa yang baik bagi ejen perjalanan mempromosi kekayaan seni budaya yang terdapat di Johor serta hidangan tradisional negeri ini seperti laksa Johor, mi rebus dan otak-otak. - Bernama
semakin meriah johor ni...tambah2 lagi keturunan caprut byk disitu..orang2 jawa dan bugis mesti bangga...berbanding2 negeri2 melayu di utara...walaupun terletak di semenanjung tanah melayu...borneo pun tak semeriah ni...
Kata Dr Anuar, "Bandaraya Metropolitan Johor Bahru berada di landasan yang tepat bagi mencapai taraf Bandaraya GLOBAL, perancang perlu memainkan peranan dgn strategi yang berkesan"..
jadi inilah hasilnya sekarang.. salah satu usaha perancang.. dalam menjadikan JB sbg bandaraya global.. insyaALLAH setaraf dengan Tokyo, Hong Kong, Berlin, Paris dan lain2.
Petikan Akhbar...
JOHOR BAHRU - Jumlah kedatangan pelancong ke Johor dijangka mengalami lonjakan luar biasa dengan adanya produk pelancongan baharu di Iskandar Malaysia, yang berorientasikan keluarga serta menepati selera semua peringkat usia, kata Pengarah Jabatan Pelancongan Johor Md Za’nal Misran.
"Iskandar Malaysia dilengkapi prasarana serta kemudahan yang membolehkan industri pelancongan negeri ini menyediakan pelancongan keluarga, pelancongan pendidikan dan pelancongan kesihatan yang lengkap segala-galanya di satu lokasi.
"Selama ini, sektor pelancongan di Johor begitu banyak bergantung pada pelancongan di kawasan pesisiran pantai dan pulau, ekopelancongan serta kekayaan budaya dan warisan. Kini, Iskandar Malaysia membawa transformsi kepada industri pelancongan di negeri ini melalui konsep berhibur bersama keluarga dan produk bernilai tinggi," katanya dalam temu bual dengan Bernama.
Za’nal berkata berikutan pembukaan taman tema seperti Legoland Malaysia dan kompleks beli-belah yang mampu memenuhi selera golongan yang bercita rasa tinggi seperti Johor Premium Outlets, Iskandar Malaysia menarik kedatangan ramai pelancong tempatan dan asing ke wilayah selatan negeri ini.
"
uteri Harbour Family Theme Park yang menampilkan ciri-ciri hiburan seperti Hello Kitty, Barney dan restoran tema LAT’s Place akan mula beroperasi sebelum akhir tahun ini.
Semua ini akan menambahkan lagi daya tarikan Iskandar Malaysia dan
menarik lebih banyak keluarga mengunjunginya," jelas beliau.Legoland Malaysia seluas 30.4 hektar, yang menerima kunjungan lebih 10,000 pengunjung pada 15 Sept, akan membuka Legoland Water Park kepada orang ramai pada separuh kedua 2013, diikuti Legoland Hotel Park pada 2014.
Khazanah Nasional Bhd adalah penggerak utama Iskandar Malaysia. Projek pembangunan ini disasar menarik pelaburan berjumlah RM383 bilion dalam tempoh 20 tahun hingga 2025.
Antara 2006 dan Jun 2012, koridor pembangunan di selatan Johor ini menerima komitmen pelaburan terkumpul berjumlah RM95.45 bilion dan angka ini dijangka mencapai RM100 bilion menjelang akhir tahun.
Za’nal berkata beliau yakin semakin ramai pelancong akan melawat Johor dan jumlah mereka dijangka melonjak dengan ketara pada tahun ini, terutama berikutan kewujudan Iskandar Malaysia.
Katanya negeri ini mencatat peningkatan ketibaan pelancong yang sungguh ketara iaitu daripada kira-kira 3.5 juta pada 2009 kepada 3.6 juta dan 3.7 juta pada 2010 dan 2011.
Bagi tempoh Januari-Jun 2012, jumlah pelawat yang mengunjungi Johor meningkat 22 peratus kepada 10.31 juta, berbanding 8.28 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Za'nal berkata selain merancakkan lagi kegiatan perniagaan dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan, peningkatan ini juga memantapkan lagi ekonomi negeri.
Katanya, di samping merangsang pertumbuhan perniagaan, Iskandar Malaysia juga membantu menyebar ilmu pengetahuan dan mempromosi pengalaman pembelajaran melalui taman temanya dan sekali gus menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pelancongan keluarga serta menjadi pelengkap kepada projek lain.
Ini termasuk usaha merancakkan paerkembangan pelancongan pendidikan melalui penubuhan pelbagai institusi pendidikan untuk dimanfaatkan mereka daripada semua lapisan usia. Sebagai contoh, kewujudan Marlborough College Malaysia dan Newcastle University Medicine Malaysia melonjakkan momentum usaha menarik kehadiran pelajar dari seluruh Malaysia dan dari beberapa negara jiran.
"Beberapa buah lagi universiti asing terkemuka akan datang ke Iskandar Malaysia. Oleh itu, adalah lebih murah bagi pelajar asing untuk menuntut di EduCity daripada pergi ke negara lebih jauh kerana kos sara hidup di sini, jauh lebih rendah," kata Za'nal.
EduCity juga menempatkan institusi pendidikan lain seperti University of Southampton Malaysia, University of Reading Malaysia, Netherlands Maritime Institute of Technology, Raffles University Iskandar dan Singapore Management Development Institute, yang akan mula beroperasi pada tahun depan atau dua tahun lagi.
Za'nl berkata untuk memenuhi keperluan pelajar, EduCity juga akan dilengkapi perkampungan pelajar antarabangsa, sebuah stadium dan kompleks sukan.
Mengenai pelancongan kesihatan, beliau berkata pembukaan Columbia Asia Hospital yang dilengkapi 82 katil di Nusajaya serta beberapa hospital pakar yang sedang dibina di Afiat Healthpark, boleh menjadikan Iskandar Malaysia sebuah pusat penjagaan kesihatan bertaraf dunia untuk pesakit tempatan dan dari luar negara.
Gleneagles Medini Hospital yang mempunyai 300 katil serta blok pejabat perubatan yang mempunyai 150 bilik jenis suite, dijadual mula beroperasi menjelang 2015. Hospital yang akan dibina secara berperingkat ini juga akan mempunyai pusat pemulihan, rumah penjagaan dan kemudahan kediaman untuk pesakit.
Sementara itu, pengarah urusan SN Vacation Sdn Bhd Sharifah Nur’aini Al-Edros berkata ejen perjalanan kini menyusun semula pakej perjalanan masing-masing supaya turut meliputi Legoland Malaysia, manakala daya tarikan yang terdapat pada taman tema serta pusat pentadbiran negeri di Kota Iskandar yang telah siap dibina, akan membantu mengukuhkan industri pelancongan di Johor.
Katanya ejen perjalanan kini boleh memasarkan pakej masing-masing pada pesta pelancongan di luar negara sambil menonjolkan daya tarikan bertaraf antarabangsa seperti Legoland Malaysia dan Puteri Harbour Family Theme Park yang dilengkapi Hello Kitty.
Beliau berkata selain mempromosi taman tema, inilah masa yang baik bagi ejen perjalanan mempromosi kekayaan seni budaya yang terdapat di Johor serta hidangan tradisional negeri ini seperti laksa Johor, mi rebus dan otak-otak. - Bernama
semakin meriah johor ni...tambah2 lagi keturunan caprut byk disitu..orang2 jawa dan bugis mesti bangga...berbanding2 negeri2 melayu di utara...walaupun terletak di semenanjung tanah melayu...borneo pun tak semeriah ni...
Wednesday, December 26, 2012
Refleksi Elektif Perbandaran : Fakta atau Auta?
kebanyakan orang menipu dalam menjalankan kajian. Ini demi untuk menjaga orang lain. namun kadang kala kita yang sengsara sendiri ditimbuni pelabagai kerja yang banyak. Buat dan terus buat kerja. Waktu tidur jauh sekali. Purata tidur dalam sebulan hanya 3 jam. Dalam seminggu 2 hari x tidur pastu keesokan lepas tu tidur 6 jam. kemudian x tidur lagi 2 hari. gilir2 macam tu jer. mereng kepala..
namun x menyalahkan sesiapa. masing2 banyak kerja.. bukannya ponteng xbuat kerja. masa oh masa.. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali yang beriman. Harapnya walaupun sibuk dan xsempat membuat kerja kumpulan, kewajipan pada Ilahi tidak dilupakan.
Tapi refleksi tetap bagus.. menarik penuh dengan auta.. tapi insyaALLAh akan berubah dari masa ke semasa.
Kajian mengenai
keperluan keperluan suburban transit centre dalam meningkatkan penggunaan
pengangkutan awam di kawasan kajian banyak mengajar saya dalam mendalami isu
yang dihadapi oleh kawasan sekitar pinggir bandar.
Pihak berkuasa tempatan dan perancang bandar
lebih mengutamanakan pembangunan di kawasan pusat bandar kerana faktor politik
dan kehendak semasa yang lebih diutamakn. Ini menyebabkan kawasan pinggir
bandar terpinggir walaupun ia turut menerima impak daripada rebakan bandar yang
berlaku seperti pembangunan baru, isu alam sekitar dan masalah sosial. Proses
mengumpul data melalui lawatan tapak memberikan gambaran yang lebih jelas dan
terperinci tentang isu yang dihadapi di kawasan pinggir bandar.
Dalam
proses menyiapkan kajian ini, saya banyak belajar mengenai cara-cara dan kaedah
tepat dalam menyediakan satu projek thesis yang sempurna dan lengkap. Kaedah
memilih tajuk, membuat pengkelasan tajuk mengikut broad, restricted dan narrow,
membuat soalan kajian, mentapkan objektif kajian, menulis kajian literature
yang betul dengan format rujukan thesis yang sebenar, menganalisis data dari questionnaire, serta memahami apa itu transit-oriented development (TOD).
Pengaplikasian
TOD dalam pembangunan sekarang adalah diperlukan bagi meuwjudkan satu jaringan
pengangkutan yang cekap, selesa dan selamat untuk digunakan. Melalui kajian
ini, saya mengenalpasti kriteria yang diperlukan untuk melaksanakan TOD ini dan
belajar merujuk kepada contoh-contoh kawasan yang telah Berjaya TOD dengan
berkesan.
Namun
kajian ini tidak akan sempurna tanpa bantuan daripada pensyarah, Dr Anuar Amir
serta rakan seperjuangan saya. Mereka banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan
tunjuk ajar dalam menyempurnakan kajian ini. Kami bekerja sebagai satu pasukan
dengan kerjasama yang dan toleransi yang tinggi untuk meyiapkan laporan kajian
ini. Masing-masing menberikan komitmen yang kuat walaupun mempunyai kekangan
masa dan hal-hal lain.
Semoga
kajian ini dapat membantu saya dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda pada tahun
depan. InsyaALLAH.
Tuesday, November 20, 2012
HOW SELF_CONFIDENCE ARE YOU??
i had mine already.. how abou you??
try now to see which stages are you..
open the website... this can help you to gain more input about yourself..

Tuesday, October 9, 2012
ISU PINGGIR BANDAR : Hilangnya Identiti Kawasan Pinggir Bandar
Definisi Pinggir Bandar
Urban Finge ; rural-urban finge; suburb; suburbia; metropolitan village; outer city; neo city:
Istilah berikut sering digunakan bagi menggambarkan kawasan pinggir bandar yang mempunyai fenomena atau kesan daripada bandar secara keseluruhannya.
(Singh, 1967)
Jika diperhatikan, kawasan pinggir bandar sebenarnya menerima pengaruh daripada bandar dari segi aspek pembangunan fizikal guna tanah, aktiviti ekonomi penduduk dan corak kehidupan masyarakatnya.
Di negara membangun seperti Malaysia misalnya, sebahagian kawasan pinggir bandar adalah kawasan semulajadi yang belum sesuai dibangunkan kerana ketiadaan prasarana bandar.
Malahan dari segi gunatanhnya adalah gunatanah yang 'tidak diterima' bandar seperti kawasan pembuangan sampah, tanah tinggi dan tanah perkuburan serta kawasan ini boleh berada sehingga 10 kilometer jarak dari sempadan pentadbiran bandar, barulah kawasan itu digelar sebagai kawasan pinggir bandar.
(Anuar Amir,1990)
Isu Pembangunan Pinggir Bandar
Oleh kerana kawasan pinggir bandar pada asalnya adalah kawasan luar bandar iaitu terdiri daripada kawasan kampung dan desa, maka kawasan berikut mempunyai identitinya yang tersendiri berikutan aktiviti ekonomi penduduknya, masyarakatnya, budaya penduduk serta binaan tradisional rumah penduduk seperti rumah papan, rekabentuk bumbung serta seni khat dan ukiran.
Namun kepesatan pembangunan di bandar mempengaruhi kawasan luar bandar tersebut semakin membangun dan maju. Istilah rebakan bandar digunakan bagi menggambarkan keadaan yang sedang berlaku ke atas kawasan luar bandar tersebut. Kawasan ini mula mengalami perubahan dari segi pembangunan fizikal dan gunatanah utamanya yang mula pelbagai kegunaan seperti perumahan, industri, serta perkedaian. Perubahan lain yang dialami adalah berdasarkan perkembangan sistem pengangkutan dan pertambahan penduduk.
Faktor 'Demand and Supply" kesan daripada pertambahan penduduk menyebabkan lebih banyak kawasan baru diterokai dan dibersihkan demi memberi peluang untuk pembinaan pembangunan baru bagi memuhi permintaan faktor tersebut. Kawasan hutan dan tanah lapang yang dulunya menghijau dengan pelbagai flora serta menjadi habitat fauna kini bertukar rupa menjadi hutan konkrit, penuh dengan perumahan dan perkedaian yang diperbuat dari batu.
Penduduk asal yang pada awalnya mendiami rumah tradisional orang melayu kini dikelilingi bangunan tinggi mencakar langit, rumah pangsa, bangunan perkedaian dan lain-lain. Jaringan pengangkutan dan kemajuan teknologi membolehkan hiburan semasa masuk ke dalam kawasan pinggir bandar. Ini menyebabkan kawasan pinggir bandar yang dahulunya yang terkenal dengan pelbagai adat tradisi serta permaina tradisional kini berubah wajah dan diganti dengan permainan moden seperti permainan komputer, hiburan pusat karaoke dan lain-lain.
SAMBUNGAN....

Friday, September 21, 2012
ISU TERKINI DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN LUAR BANDAR
Kemajuan pembangunan pada hari ini mendorong pelbagai pembangunan baru dibina dan dibagunkan. Yang terbaru ialah pembangunan bisnes sarang burung walit. Syarat panduan pembangunannya adalah mesti di kawasan luar bandar atau dengan anjakan tertentu daripada kawasan perumahan.
Namun yang silapnya bunyi daripada bangunan sarang burung walit untuk menarik burung walit bersarang di bangunan tersebut menyebabkan berlaku pencemaran bunyi. Walaupun terdapat anjakan jarak antara bangunan sarang burung walit dengan kawasana perumahan, namun bunyi kicauan burung walit yang dipasang dan diperbesarkan oleh 'speaker' menghasilkan bunyi yang bising dan menggangu kehidupan penduduk sekitar.
Bayangkan anak kecil anda terganggu tidurnya kerana bunyi kicauan tersebut.
Bayangkan anda telah seharian penat bekerja dan ingin berehat pada petangnya tetapi terganggu dengan bunyi tersebut.
Tersirap bukan darah anda.. inilah antara isu terkini yang dihadapi oleh penduduk kawasan luar bandar. Kualiti dan keselesaan penduduk dipinggirkan demi kepentingan ahli perniagaan, semua kerana WANG...
Antara testimoni pengadu..Taman Che Ngah, Ajil, Terengganu
"Saya penghuni Taman Che Ngah, Ajil, Terengganu. amat tidak berpuas hati terhadap pemilik premis kedai yang dijadikan tempat sarang burung walet yang hanya 6 meter dari kediaman, mengluarkan bunyi yang membingitkan bermula seawal sehingga 8.00 malam setiap hari.
Sikap tidak bertimbang rasa terhadap jiran tetangga di atas kebisisngan yang amat sangat datang daripada pembesar suara memanggil burung. Ia menggangu istirehat dan memggangu konsentrasi anak-anak mengulangkaji. Disebabkan pencemeran bulu dan tahi burung yang sering terkena kenderan dan jemuran baju diluar yang terpaksa membasuh berulang kali.
Aduan kepada penguasa tempat sudah dibuat tetapi tiada perubahan malah semaking bertambah premis dijadikan tempat sarang burung walet. Megaapa pemilik permis ini boleh buat sesuka-hati tanpa rasa bersalah dan kesalan di atas kacau dan ganggu yang diwujudkannya.
Saya dan penhuni taman ini minta kepada pihak yang berkenaan tolong ambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik premis kerana mewujud ketidakselesaan (pencemaran bunyi) ini dan hanya petingkan diri sendiri, hilang rasa homat dan tidak bertimbang rasa."
\
akhir kata.. we plan not just for modern, but satisfactory and convenience must come first.

Subscribe to:
Posts (Atom)