Tourism

Friday, September 21, 2012

ISU TERKINI DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN LUAR BANDAR

Kemajuan pembangunan pada hari ini mendorong pelbagai pembangunan baru dibina dan dibagunkan. Yang terbaru ialah pembangunan bisnes sarang burung walit.  Syarat panduan pembangunannya adalah mesti di kawasan luar bandar atau dengan anjakan tertentu daripada kawasan perumahan.

Namun yang silapnya bunyi daripada bangunan sarang burung walit untuk menarik burung walit bersarang di bangunan tersebut menyebabkan berlaku pencemaran bunyi. Walaupun terdapat anjakan jarak antara bangunan sarang burung walit dengan kawasana perumahan, namun bunyi kicauan burung walit yang dipasang dan diperbesarkan oleh 'speaker' menghasilkan bunyi yang bising dan menggangu kehidupan penduduk sekitar.

Bayangkan anak kecil anda terganggu tidurnya kerana bunyi kicauan tersebut.
Bayangkan anda telah seharian penat bekerja dan ingin berehat pada petangnya tetapi terganggu dengan bunyi tersebut.

Tersirap bukan darah anda.. inilah antara isu terkini yang dihadapi oleh penduduk kawasan luar bandar. Kualiti dan keselesaan penduduk dipinggirkan demi kepentingan ahli perniagaan, semua kerana WANG...

Antara testimoni pengadu..Taman Che Ngah, Ajil, Terengganu

"Saya penghuni Taman Che Ngah, Ajil, Terengganu. amat tidak berpuas hati terhadap pemilik premis kedai yang dijadikan tempat sarang burung walet yang hanya 6 meter dari kediaman, mengluarkan bunyi yang membingitkan bermula seawal  sehingga 8.00 malam setiap hari.

Sikap tidak bertimbang rasa terhadap jiran tetangga di atas kebisisngan yang amat sangat datang daripada pembesar suara memanggil burung. Ia menggangu istirehat dan memggangu konsentrasi anak-anak mengulangkaji. Disebabkan pencemeran bulu dan tahi burung yang sering terkena kenderan dan jemuran baju diluar yang terpaksa membasuh berulang kali.


Aduan kepada penguasa tempat sudah dibuat tetapi tiada perubahan malah semaking bertambah premis dijadikan tempat sarang burung walet. Megaapa pemilik permis ini boleh buat sesuka-hati tanpa rasa bersalah dan kesalan di atas kacau dan ganggu yang diwujudkannya.

Saya dan penhuni taman ini minta kepada pihak yang berkenaan tolong ambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik premis kerana mewujud ketidakselesaan (pencemaran bunyi) ini dan hanya petingkan diri sendiri, hilang rasa homat dan tidak bertimbang rasa."
\


akhir kata.. we plan not just for modern, but satisfactory and convenience must come first.

2 comments:

  1. isu ini masih baru dan masih dalam perhatian PBT.. hal ini mula diketengahkan dan semakin popular kebelakangan ini berikutan faktor media massa dan teknologi serta kepekaan penduduknya dalam menyuarakan ketidakselesaan kehidupan berdekatan dengan perusahaan sarang burung walit

    ReplyDelete