Tourism

Tuesday, October 9, 2012

ISU PINGGIR BANDAR : Hilangnya Identiti Kawasan Pinggir Bandar

Definisi Pinggir Bandar

Urban Finge ; rural-urban finge; suburb; suburbia; metropolitan village; outer city; neo city:

Istilah berikut sering digunakan bagi menggambarkan kawasan pinggir bandar yang mempunyai fenomena atau kesan daripada bandar secara keseluruhannya.
                                                                                                                    (Singh, 1967)

Jika diperhatikan, kawasan pinggir bandar sebenarnya menerima pengaruh daripada bandar dari segi aspek pembangunan fizikal guna tanah, aktiviti ekonomi penduduk dan corak kehidupan masyarakatnya.

Di negara membangun seperti Malaysia misalnya, sebahagian kawasan pinggir bandar adalah kawasan semulajadi yang belum sesuai dibangunkan kerana ketiadaan prasarana bandar.

Malahan dari segi gunatanhnya adalah gunatanah yang 'tidak diterima' bandar seperti kawasan pembuangan sampah, tanah tinggi dan tanah perkuburan serta kawasan ini boleh berada sehingga 10 kilometer jarak dari sempadan pentadbiran bandar, barulah kawasan itu digelar sebagai kawasan pinggir bandar.

                                                                                                                     (Anuar Amir,1990)


Isu Pembangunan Pinggir Bandar

Oleh kerana kawasan pinggir bandar pada asalnya adalah kawasan luar bandar iaitu terdiri daripada kawasan kampung dan desa, maka kawasan berikut mempunyai identitinya yang tersendiri berikutan aktiviti ekonomi penduduknya, masyarakatnya, budaya penduduk serta binaan tradisional rumah penduduk seperti rumah papan, rekabentuk bumbung serta seni khat dan ukiran.

Namun kepesatan pembangunan di bandar mempengaruhi kawasan luar bandar tersebut semakin membangun dan maju. Istilah rebakan bandar digunakan bagi menggambarkan keadaan yang sedang berlaku ke atas kawasan luar bandar tersebut. Kawasan ini mula mengalami perubahan dari segi pembangunan fizikal dan gunatanah utamanya yang mula pelbagai kegunaan seperti perumahan, industri, serta perkedaian. Perubahan lain yang dialami adalah berdasarkan perkembangan sistem pengangkutan dan pertambahan penduduk.

Faktor 'Demand and Supply" kesan daripada pertambahan penduduk menyebabkan lebih banyak kawasan baru diterokai dan dibersihkan demi memberi peluang untuk pembinaan pembangunan baru bagi memuhi permintaan faktor tersebut. Kawasan hutan dan tanah lapang yang dulunya menghijau dengan pelbagai flora serta menjadi habitat fauna kini bertukar rupa menjadi hutan konkrit, penuh dengan perumahan dan perkedaian yang diperbuat dari batu.

Penduduk asal yang pada awalnya mendiami rumah tradisional orang melayu kini dikelilingi bangunan tinggi mencakar langit, rumah pangsa, bangunan perkedaian dan lain-lain. Jaringan pengangkutan dan kemajuan teknologi membolehkan hiburan semasa masuk ke dalam kawasan pinggir bandar. Ini menyebabkan kawasan pinggir bandar yang dahulunya yang terkenal dengan pelbagai adat tradisi serta permaina tradisional kini berubah wajah dan diganti dengan permainan moden seperti permainan komputer, hiburan pusat karaoke dan lain-lain.

SAMBUNGAN....



4 comments:

  1. Saya rasa, kalau tidak hilangnya identiti kawasan pinggir bandar tidak akan berlakunya pembangunan dan kemajuan sesebuah bandar. Hilangnya identiti adalah kerana keterpaksaan dan mengikut peredaran zaman dan semasa.

    ReplyDelete
  2. Pengekalan identiti penting tapi yang paling penting ekonomi kawasan tersebut....abad ke 21 bukan sahaja identiti penting...tetapi bagaimana masyarakat menambah pendapatan isi rumah....adakah sekdar BRIM yang diberikan mencukupi...nope
    identiti dan ekonomi bergerak seiring :>

    ReplyDelete
  3. memang tidak dinafikan ekonomi memainkan peranan penting.. menjana pendapatan isi rumah, mengalakkan pembangunan baru, menarik pelabur,dan sebagainya. Namun pembangunan ekonomi ini lah yang kemudiannya akan meerosakkan identiti sesebuah kawasan itu. Tugas kita lah sebagai perancang yang mempunyai kuasa untuk merealisasikan apa yan gtelah dipupuk oleh lecturer sepanjang pengajian kita di UTM. TRANSFORMASI PENDUKUNG WAWASAN. we plan for future = means that we does not plan for development only, tapi melibatkan skop yang lebih luas : penduduk, alam sekitar, kualiti hidup. Sama-samalh kita berusaha mencapai keredhaanNYA.. Goodluck

    ReplyDelete